Saturday, July 9, 2011

Blog Fever


Blog  familybonda demam beberapa bulan
kenapa Demam?
 diketahui pelbagai jenis demam melanda blOgspot ini
yang tersenarai seperti di bawah:

Demam Sepi

Demam BoSan

Demam Idea

Demam Durian...ehh!!

Demam Modify

Demam Berfesbuk ja

Demam Sibuk

Demam Masa

Demam Ber bLog walking shj

Demam Malas


yAng terakhir  paling teruk , 
tak apa...bebelan disini takkan berakhir tanpa isi 

Mari Bonda!! kejAr masa dan ruang yang tertangguh!

Friday, May 20, 2011

ThAnks sO much!!!


THANK SO MUCH  , I LOVE U 

oh~~ serOnok ya,
memiliki hp baru yang x kurang Glamornya ~
bOnda x kisah ape yang org kata
sebab lain fikirannya lainla pendapatnya
mungkin xla seBEST mana memiliki hp jenama ini

TAPI, bg Bonda

SGT BEST!!!
IKHLAS dari Ayah untuk Bonda =)
sempena ape?

Hari Ibu kah?
Hari Pertama Bercinta kah? 
Hari peRtunAngan kah?
Spesel day for??

* semua soalan diatas tiada jawapan*
pssstt #tye ayh sendiri#

irFan,jelUs x?? JeluS kan..kan..kan.. =P

Monday, May 16, 2011

BL Bifidus(R)

" Alami perjalanan perkembangan anak pada tahun pertama, bermula dengan susu ke makanan separa pepejal ke pejal , daripada bercakap pelat hingga bijak menuturkan kata-kata "

6 bulan

Sistem penghadaman anak bersedia untuk makanan pejal, langkah permulaan cubalah bijirin beras yang mengandungi khabohidrat dan yang mudah di hancurkan dan dihadamkan. apabila dia gemarkan makanan pepejal, berikan dia menikmati pelbagai rasa tekstur, hidagan pasti lebih enak dengan sayuran dan buah- buahan.

BL Bifidus(R) terdapat dlm bijirin beras membantu mengoptimumkan serapan nutrien penting yang diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan badan serta menghadiri jangkitan

8 bulan

Bayi lebih menghargai rasa yang lebih kompleks, mungkin juge bayi anda dalam proses penumbuhan gigi atau sudah tunbuh gigi iaitu risiko pencemaran apabila dia mula mengigit ape sahaja, BL Bifidus(R) boleh membantu mengukuhkan sistem pertahanan badannya.

bayi mencecah~1 tahun

Gemar mengunyah makanan, mainan dan apa shj dlm mulut, Anda seharusnya menyediakan bayi anda proses peralihan ke makanan dewasa yang lancar. tips*Tekstur lebih keras penting dalam meningkatkan keupayaan kunyahan.

Nutrien, zat besi sangat penting untuk pertumbuhan fizikal yang secara langsung memberi kesan terhadap fungsi mental dan kelakuan.

Zink pula diperlukan untuk tumbesaran optimum serta perkembangan dan menguatkan lagi sistem pertahanan badan.

Vitamin A sgt efisien dalam memerangi jangkitan. Ia juga penting dalam memastikan penglihatan yang sihat.makanan yang kaya dengan vit A adalah , telur, hati, minyak ikan, buah-buahan serta sayur-sayuran spt bayam, tomato, lobak merah, betik dan mangga.


Kongsi maklumat dengan kawan2 =)
petikan Akhbar metro~

Sunday, May 15, 2011

too faSt

 16 mei 2011 (2morrow)

Our liltle boy ke alam 9 bulan ~ cepatnya masa (^^,) not believe it" 
3 bulan lagi Irfan Iskandar cukup setahun
dah ade macam-macam dalam fikiran nak create a simple memories 
untuk tatapan Irfan nanti,
x sabar!  hehehehehe.. 

Sekarang development Irfan agak pantas,
kadang2 tak tercerita disini
Insyaallah, 
Bonda promise akan sediakan satu ruangan tatapan irfan
supaya irfan dpt lihat perkembangan  irfan meniti usia
1 Tahun

MAAF,

tak dapat teruskan bebelan disini seketika,
memandangkan masa aktif si kecil ini,
sudah berada di bawah meja sambil mengerjakan
bunga hiasan bonda...


irfan.....!!!!! nooo....!!!!  (T.T)huhuhu

Wednesday, May 11, 2011

continue yg macam-macam

 Pepagi pulak, 
sebab excited nk citer kat sini pasal petang semalam yang macam kabut nak sgt balik,
x  SABAU nak amik hero kat rmh babysitter
konon nk memandu 200 km/per
kononnya jika rumah di sebelah opis sahaja ..(syoknya!)
kononnya berstyle relex...
kononnya arrgghh! 

penangan semua ini la..
bonda tersungkur di depan opis staff lain..
Adoiiiiiii!!! gedebuk~ 
senggal la jugak pale lutut & siku ni..
nak nanges ke..??
to be matured.. just say its Ok..
Ahahahahah! Heroin kan. =P

malu nya! tp peduli ape...

sampai rumah, tengok irfan tersenyum-senyum happy
baik terus kesengalan akibat jatuh tersungkur...
ubat yang sgt mujarab,

I LOVE U, EverythIng for U...

Macam-macam

Petang- petang begini ambil kesempatan menjegah blog yang kerap "pending" ni, 
Mood dtg pula mahu menaip sedikit untuk di posting nti, 
sebenarnya...rindu terasa pada blog saya agak mendalam...
kdg-kdg bOnda cuma sempat melihat sahaja,
 banyak yg manis bOnda mahu cerita disini..tapi masa agak mencemburui bOnda..
baru sepatah dua mahu bercerita,
 jam sudah tepat 5.26 ptg, 
beberapa minit sahaja lagi ruang untuk shut down lappy, 
kemas-kemas barang & meja berkerja yang bersepah...
selalu sahaja saat-saat genting spt ni mahu seakan berlari pantas!
 memandu myvi **** idamanku selaju 200km/per @ 
sekali sekala berangan "kan best kalo rumah aku sebelah Opis jaa..." ~disEbabkan perasaan ni masih bOleh di bendUng..bOnda berstyle relaxxx...padahal dlm hatii..
berkoCak-kocak..xsabar nak amik iRfan kat rmh babysitter...

oH! rindunyaaa..sgt-sgt..
nk kiSs u..beribu-ribu lemooooonnnnnn...

ok la, dah tiba masa, boNda citer lain kali lg, Salam.

Tuesday, April 19, 2011

gOoD newS~

Alhamdulillah,dengan izin Allah swt anakanda bOnda~ 
irfAn iSkandar sudah bertuKar bulan ke 8 pada 16 april beberapa hari lepas.

Bersyukur juge hari ni bOnda diberi ruang masa & moOd tuk mencatatkan perkembangan kamu yang seminggu ini diiringi penyakit selsema dan batuk berkahak yang kerap mendamping dengan kamu...secara langsungnya mmg bayi dan kanak-kanak mudah terdedah dgn penyakit mudah berjangkit ni kan..untuk kali ini, bOnda dan aYah bukan x mahu bawa kamu ke klinik, cuma disini bonda mahu cuba petua-petua orang lama yang mungkin akan membantu....

Alhamdulillah, kesannya dalam dua tiga hari ini agak memberangsangkan..tapi xsabar juge bonda mahu cerita disini supaya kawan-kawan bonda dpt mencuba petua ini juge jika memiliki masalah yang sama..,sekarang juga bonda masih usahakan setiap hari...mengamalkan petua ni hingga kamu Ok..

Petua untuk hilang / keringkan selsema ialah KUNYIT HIDUP, jika selsema masih boleh dibendung, xperlula bagi ubat selsema..cuma sapukan kunyit hidup yang di lumat2 ke batang hidung bayi & sapukan pada ubun2 nya..Jadi, hasilnya..kelihatan kuning la hidung bayi & ubun2 nya..hikhik -tetap comel..jgn risau
lakukan setiap malam bila ada masa bersama atau 2 kali sehari...

Sejak kebelakangan ini juge anakanda bonda batuk agak dasat...serius x sanggup nk bagi ubat batuk kat hero bonda ni... jadi bonda cube pula gunakan petua orang lame iaitu Daun KADUK + Sedikit Kapur + Air, bonda ramas2 sehingga kuar lendir daun kaduk & sapu pada dada. Alhamdulillah, sehari dua bonda sapukan petua ni..hilang sudah batuk dasat irfan, skang ade kesan sket2 bunyi kahak tu and fyi, petua ni masih bonda teruskan tuk membantu irfan, jika tak baik...sekurang-kurangnya x terlalu teruk. Dan kamu boleh bermain riang seperti biase...tak mahu bonda penyakit2 remeh ni menganggu perkembangan anakanda..

Daun Kaduk Seiras Daun Sireh kan?
fyi, daun kaduk ni payah juge nk jumpe..pengalaman bonda hujung minggu lepas, cuba mencari di pasar..hampir setiap table yang menjual sayo-say0 tu..xde jual daun kaduk ni tau...sampai bonda ade sedikit give up & berniat dlm hati " jika ada Allah izinkan, untuk anak ku..mudahkanlah"..5 minit pas round last table, 

bonda tanye "ade daun kaduk x?" ..
penjual : =) "ada..rm0.50 seikat",

Terus bonda bagi rm 0.60 & baki dihalal kan... Alhamdulillah..bersyukur betul & sesungguhnya Allah swt maha mengetahui niat baik hambanya yang berusaha untuk menjaga Anugerah -Nya...ini kenyataan pengalaman bonda & dgn izin Allah swt... kita cuma ikhtiarkan.

Selamat mencuba & jGn lupe mulakan dgn Bismillahirahmanirahim, selawat sebanyaknya...
inSyaallah.