Showing posts with label makanan bayi. Show all posts
Showing posts with label makanan bayi. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Panduan Memberi Makanan Pelengkap


Berikan susu terlebih dahulu sebelum memberi bayi makanan pelengkap. Ini akan membolehkan ibu menghasilkan cukup susu bagi jangkamasa yang lebih lama.

Sediakan hidangan yang seimbang. Hidangan seimbang bagi bayi perlu mengandungi bahan dari 5 kumpulan makanan iaitu kumpulan bijirin dan ubi-ubian, kumpulan ikan, daging dan telur, kumpulan sayur dan buah serta kumpulan minyak dan lemak.

Pelbagaikan makanan bayi. Berikan bayi pelbagai jenis makanan agar dapat semua zat yang diperlukan. Ini juga dapat mengajar bayi kepelbagaian rasa dan warna.

Tambahkan minyak atau lemak di dalam makanan bayi. Bayi perlukan banyak tenaga untuk tumbesaran. Minyak dan lemak seperti marjerin atau mentega dapat menambahkan kandungan tenaga di dalam hidangan.

Tidak perlu tanbah garam, gula atau bahan perasa di dalam makanan. Beri peluang bayi menikmati rasa semulajadi makanan.

Sediakan makanan mengikut tekstur yang sesuai untuk umur. Tekstur makanan hendaklah disediakan mengikut kebolehan bayi iaitu: (6 bulan - dikisar / 7 - 9 bulan - dilecek / 10 - 12 bulan - dicincang)

Mulakan dengan sedikit dan tambahkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut peringkat umur.

Jadikan masa makan yang menyeronokkan. Jangan paksa bayi makan jika dia belum bersedia atau tidak mahu makan.


Tips


6 Bulan - Kisar makanan supaya ia halus dan lembut. Beri bayi makanan dalam kuantiti yang kecil selepas menyusukan bayi dengan susu ibu.


7 - 9 Bulan - Lecek makanan yang kasar dan lebih pekat supaya ia lembut dan halus. Beri makanan 2 - 3 kali sehari selepas menyusukan bayi anda dengan susu ibu.


10 - 12 Bulan - Cincang atau potong kecil makanan supaya mudah dikunyah oleh bayi. Beri makanan 3 - 4 kali sehari selepas menyusukan bayi anda dengan susu ibu.

Monday, May 16, 2011

BL Bifidus(R)

" Alami perjalanan perkembangan anak pada tahun pertama, bermula dengan susu ke makanan separa pepejal ke pejal , daripada bercakap pelat hingga bijak menuturkan kata-kata "

6 bulan

Sistem penghadaman anak bersedia untuk makanan pejal, langkah permulaan cubalah bijirin beras yang mengandungi khabohidrat dan yang mudah di hancurkan dan dihadamkan. apabila dia gemarkan makanan pepejal, berikan dia menikmati pelbagai rasa tekstur, hidagan pasti lebih enak dengan sayuran dan buah- buahan.

BL Bifidus(R) terdapat dlm bijirin beras membantu mengoptimumkan serapan nutrien penting yang diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan badan serta menghadiri jangkitan

8 bulan

Bayi lebih menghargai rasa yang lebih kompleks, mungkin juge bayi anda dalam proses penumbuhan gigi atau sudah tunbuh gigi iaitu risiko pencemaran apabila dia mula mengigit ape sahaja, BL Bifidus(R) boleh membantu mengukuhkan sistem pertahanan badannya.

bayi mencecah~1 tahun

Gemar mengunyah makanan, mainan dan apa shj dlm mulut, Anda seharusnya menyediakan bayi anda proses peralihan ke makanan dewasa yang lancar. tips*Tekstur lebih keras penting dalam meningkatkan keupayaan kunyahan.

Nutrien, zat besi sangat penting untuk pertumbuhan fizikal yang secara langsung memberi kesan terhadap fungsi mental dan kelakuan.

Zink pula diperlukan untuk tumbesaran optimum serta perkembangan dan menguatkan lagi sistem pertahanan badan.

Vitamin A sgt efisien dalam memerangi jangkitan. Ia juga penting dalam memastikan penglihatan yang sihat.makanan yang kaya dengan vit A adalah , telur, hati, minyak ikan, buah-buahan serta sayur-sayuran spt bayam, tomato, lobak merah, betik dan mangga.


Kongsi maklumat dengan kawan2 =)
petikan Akhbar metro~