Berikan susu terlebih dahulu sebelum memberi bayi makanan pelengkap. Ini akan membolehkan ibu menghasilkan cukup susu bagi jangkamasa yang lebih lama.
Sediakan hidangan yang seimbang. Hidangan seimbang bagi bayi perlu mengandungi bahan dari 5 kumpulan makanan iaitu kumpulan bijirin dan ubi-ubian, kumpulan ikan, daging dan telur, kumpulan sayur dan buah serta kumpulan minyak dan lemak.
Pelbagaikan makanan bayi. Berikan bayi pelbagai jenis makanan agar dapat semua zat yang diperlukan. Ini juga dapat mengajar bayi kepelbagaian rasa dan warna.
Tambahkan minyak atau lemak di dalam makanan bayi. Bayi perlukan banyak tenaga untuk tumbesaran. Minyak dan lemak seperti marjerin atau mentega dapat menambahkan kandungan tenaga di dalam hidangan.
Tidak perlu tanbah garam, gula atau bahan perasa di dalam makanan. Beri peluang bayi menikmati rasa semulajadi makanan.
Sediakan makanan mengikut tekstur yang sesuai untuk umur. Tekstur makanan hendaklah disediakan mengikut kebolehan bayi iaitu: (6 bulan - dikisar / 7 - 9 bulan - dilecek / 10 - 12 bulan - dicincang)
Mulakan dengan sedikit dan tambahkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut peringkat umur.
Jadikan masa makan yang menyeronokkan. Jangan paksa bayi makan jika dia belum bersedia atau tidak mahu makan.
Tips
6 Bulan - Kisar makanan supaya ia halus dan lembut. Beri bayi makanan dalam kuantiti yang kecil selepas menyusukan bayi dengan susu ibu.
7 - 9 Bulan - Lecek makanan yang kasar dan lebih pekat supaya ia lembut dan halus. Beri makanan 2 - 3 kali sehari selepas menyusukan bayi anda dengan susu ibu.
10 - 12 Bulan - Cincang atau potong kecil makanan supaya mudah dikunyah oleh bayi. Beri makanan 3 - 4 kali sehari selepas menyusukan bayi anda dengan susu ibu.
No comments:
Post a Comment