Tuesday, April 19, 2011

gOoD newS~

Alhamdulillah,dengan izin Allah swt anakanda bOnda~ 
irfAn iSkandar sudah bertuKar bulan ke 8 pada 16 april beberapa hari lepas.

Bersyukur juge hari ni bOnda diberi ruang masa & moOd tuk mencatatkan perkembangan kamu yang seminggu ini diiringi penyakit selsema dan batuk berkahak yang kerap mendamping dengan kamu...secara langsungnya mmg bayi dan kanak-kanak mudah terdedah dgn penyakit mudah berjangkit ni kan..untuk kali ini, bOnda dan aYah bukan x mahu bawa kamu ke klinik, cuma disini bonda mahu cuba petua-petua orang lama yang mungkin akan membantu....

Alhamdulillah, kesannya dalam dua tiga hari ini agak memberangsangkan..tapi xsabar juge bonda mahu cerita disini supaya kawan-kawan bonda dpt mencuba petua ini juge jika memiliki masalah yang sama..,sekarang juga bonda masih usahakan setiap hari...mengamalkan petua ni hingga kamu Ok..

Petua untuk hilang / keringkan selsema ialah KUNYIT HIDUP, jika selsema masih boleh dibendung, xperlula bagi ubat selsema..cuma sapukan kunyit hidup yang di lumat2 ke batang hidung bayi & sapukan pada ubun2 nya..Jadi, hasilnya..kelihatan kuning la hidung bayi & ubun2 nya..hikhik -tetap comel..jgn risau
lakukan setiap malam bila ada masa bersama atau 2 kali sehari...

Sejak kebelakangan ini juge anakanda bonda batuk agak dasat...serius x sanggup nk bagi ubat batuk kat hero bonda ni... jadi bonda cube pula gunakan petua orang lame iaitu Daun KADUK + Sedikit Kapur + Air, bonda ramas2 sehingga kuar lendir daun kaduk & sapu pada dada. Alhamdulillah, sehari dua bonda sapukan petua ni..hilang sudah batuk dasat irfan, skang ade kesan sket2 bunyi kahak tu and fyi, petua ni masih bonda teruskan tuk membantu irfan, jika tak baik...sekurang-kurangnya x terlalu teruk. Dan kamu boleh bermain riang seperti biase...tak mahu bonda penyakit2 remeh ni menganggu perkembangan anakanda..

Daun Kaduk Seiras Daun Sireh kan?
fyi, daun kaduk ni payah juge nk jumpe..pengalaman bonda hujung minggu lepas, cuba mencari di pasar..hampir setiap table yang menjual sayo-say0 tu..xde jual daun kaduk ni tau...sampai bonda ade sedikit give up & berniat dlm hati " jika ada Allah izinkan, untuk anak ku..mudahkanlah"..5 minit pas round last table, 

bonda tanye "ade daun kaduk x?" ..
penjual : =) "ada..rm0.50 seikat",

Terus bonda bagi rm 0.60 & baki dihalal kan... Alhamdulillah..bersyukur betul & sesungguhnya Allah swt maha mengetahui niat baik hambanya yang berusaha untuk menjaga Anugerah -Nya...ini kenyataan pengalaman bonda & dgn izin Allah swt... kita cuma ikhtiarkan.

Selamat mencuba & jGn lupe mulakan dgn Bismillahirahmanirahim, selawat sebanyaknya...
inSyaallah.

No comments:

Post a Comment