Thursday, April 29, 2010

How To Train Your Dragon in Cinema

Minggu lepas bonda & ayahanda sempat melihat How To Train Your Dragon.
kami betul-betul enjoy melihat cerita tersebut.
Sebuah kisah yang menarik untuk ditonton.
Bagi bonda, ianya sangat berkait rapat dengan BAKAT. :-)

tiket ayahanda & bonda

Penduduk di perkampungan Berk merupakan penduduk yang dikenali sebagai puak Viking. Mereka merupakan golongan pahlawan. Disebabkan itulah mereka tidak berpindah walaupun kawasan tersebut sering diserang oleh naga. Jadi tugas mereka adalah berlawan dengan naga apabila mereka diserang. Hiccup merupakan salah seorang pemuda daripada puak tersebut yang bercita-cita untuk berbakti pada kampungnya. Walau bagaimanapun, dia mempunyai kelemahan. Dia terlalu lemah untuk membuat semua itu. Daripada melompat sehinggalah mengangkat senjata.

Menjadikan cerita ini lebih menarik, ayah Hiccup merupakan ketua puak tersebut yang sangat kuat dan gagah. Ayahnya agak terkilan dengan kebolehan anaknya yang tidak seberapa. Tetapi, Hiccup telah membuktikkan sebaliknya. Dia menggunakan cara yang lain untuk ‘berlawan’ dengan naga. Tanpa sedar dia telah menggunakan bakatnya. Malah dia menjadi puak Viking pertama yang menunggang naga sejak 300 tahun dahulu.

hiccup berjaya menjadi org yang berpengaruh di kampungnya.walaupun dia tidak memiliki bakat dan kebolehan seperti ayahnya, tetapi beliau berjaya mengubah "suasana" kampung tersebut. Cerita ini memberi pengajaran bahawa setiap org boleh berjaya dgn cara mereka sendiri...Mari mencipta kejayaan!


No comments:

Post a Comment